Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 'SETAHUN BERLALU...KAMI TETAP CEKAP BERJUANG LAWAN COVID-19'

‘SETAHUN BERLALU…KAMI TETAP CEKAP BERJUANG LAWAN COVID-19’

PUTRAJAYA: Warga kerja di Kementerian Kesihatan (KKM) tetap komited menjalankan tugas bagi melandaikan rantaian wabak COVID-19 walaupun sudah setahun ia menular di negara ini.

Menerusi satu hantaran KKM dalam akaun Facebook, kerja tetap diteruskan seperti biasa oleh semua pengurusan tertinggi dan barisan hadapan kementerian yang kini gigih berjuang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) dan klinik di seluruh negara.

Selain itu, mesyuarat oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan turut diadakan secara maya bersama pengarah kesihatan negeri di seluruh negara.

“Fokusnya adalah melihat kepada strategi dalam menangani COVID-19 dan memperkukuhkan 213 COVID-19 CAC di seluruh negara.

“Doakan semua barisan hadapan KKM diberikan kekuatan dalam menghadapi musuh yang tidak nampak ini.

“Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga akibat virus COVID-19 ini. Semoga Tuhan terus melindungi negara tercinta kita ini,” katanya.

Menerusi status sama, KKM turut mengimbas kembali setahun penularan wabak berkenaan di Malaysia dan pencapaian dalam menanganinya.

“Hari ini genap setahun warga barisan hadapan KKM berdepan kes COVID-19 di negara ini apabila kes pertama yang membabitkan tiga warga China dikesan masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura.

“Mereka yang terbabit dalam tiga kes pertama positif COVID-19 di Malaysia itu adalah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya yang berasal dari Wuhan, China.

“Mereka direkodkan sebagai dua kes pertama positif virus itu di Singapura dan kemudiannya dirawat di Hospital Sungai Buloh,” katanya.

Selepas beberapa siri rawatan, pasukan COVID-19 Hospital Sungai Buloh turut mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Kesihatan Global (GHA) 2020.

Begitu juga beberapa anugerah lain yang diterima atas kesungguhan menguruskan COVID-19.

Kenyataan itu menyebut, ia menandakan KKM berada di landasan tepat dalam melawan COVID-19 dan berjaya menangani gelombang pertama dan kedua virus ini tahun lalu.

KKM berkata, rakyat Malaysia kini berdepan gelombang ketiga COVID-19 sejak penghujung September tahun lalu.

“Sehingga hari ini, seluruh warga KKM masih komited, kerja tanpa putus asa dalam menghadapi virus COVID-19 ini.

“Hari ini kes di Malaysia sudah mencapai 183,801 kes keseluruhan, sejumlah 678 individu meninggal dunia dan seramai 141,446 (77 peratus) kes sembuh direkodkan daripada virus ini,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks