Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara FATIMAH SETIA PIMPIN SUAMI BUTA SEJAK 20 TAHUN LALU

FATIMAH SETIA PIMPIN SUAMI BUTA SEJAK 20 TAHUN LALU

 
KOTA BHARU: Seorang isteri di Kampung Talang, Kadok, di sini tidak pernah mengeluh biarpun terpaksa memimpin tangan suaminya yang buta dan menemani lelaki itu setiap kali keluar mencari rezeki sebagai tukang urut, sejak 20 tahun lalu.
 
Bagi Fatimah Salleh, 58, perkara itu sudah menjadi rutin bersama suaminya, Wan Mohamed Jaafar, 78, dan dia mencekalkan diri melalui kehidupan penuh dugaan itu setiap hari.
 
Katanya, mereka memperoleh pendapatan tidak menentu, antara RM10 hingga RM30 bagi setiap sesi bergantung terhadap keikhlasan hati pelanggan selepas selesai proses berurut.
 
“Saya dan suami keluar seawal pukul 7 pagi ke rumah penduduk yang ingin berurut di sekitar kampung ini dan Kota Bharu dengan menaiki kereta sewa.
 
“Kebiasaan saya menemani suami pada setiap masa apabila individu yang berhubung ingin berurut,” katanya di sini baru-baru ini.
 
Menurutnya, walaupun upah diterima tidak seberapa, mereka terpaksa melakukannya kerana aktiviti itu menjadi sumber pendapatan utama keluarga selain bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150 sebulan.
 
“Jika suami tidak boleh berurut, saya keluar bersendirian melakukan kerja yang sama. Saya pernah berjalan kaki pulang ke rumah sejauh lebih 20 kilometer dari Pantai Melawi, Bachok kerana ketiadaan kereta sewa,” katanya.
 
Pasangan itu mempunyai lima anak berusia antara 22 tahun hingga 43 tahun yang kesemuanya bekerja kampung dan hidup susah seperti mereka juga.
 
Wan Mohamed dilahirkan dengan penglihatan normal dan menjadi buta selepas debu simen memasuki mata ketika dia bekerja sebagai tukang rumah, kira-kira 20 tahun lalu.
 
Kata Fatimah, selepas kejadian itu kedua-dua mata suaminya mulai kabur dan akhirnya buta.
 
Dia dalam pada itu berharap ada pihak yang sudi membaik pulih bahagian dapur rumah mereka yang hampir runtuh sejak beberapa tahun lalu yang tidak dibaiki sehingga sekarang kerana tidak mampu.
 
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 4059 9860 0007 9022 atas nama Wan Mohamed Jaafar atau boleh menghubungi 019 8232613. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks