Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 'SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT'

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, .

Presiden UMNO menegaskan, beliau sendiri tetap istiqamah biarpun datang pelbagai serangan bertubi-tubi terhadap dirinya.

Beliau yakin, UMNO tidak mudah dimusnahkan, kerana kekuatan parti itu yang bertunjangkan keutuhan di peringkat akar umbinya.

“Saya tetap istiqamah biarpun peluru-peluru fitnah dan roket-roket penjahanam UMNO dari setiap sudut dalaman dan luaran, dihamburkan bertubi-tubi kepada saya.

“Kekuatan UMNO sebenar dari benteng-benteng di akar umbi. Biarpun pemimpin-pemimpinnya cuba dimusnahkan, namun bentengnya tetap utuh,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

Ketika ini, pelbagai kritikan dilontar terhadap Ahmad Zahid, susulan timbul dakwaan beliau terbabit dalam usaha bekerjasama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini termasuk dakwaan pembabitannya serta beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO yang sedia menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Dakwaan berkenaan surat sokongannya kepada Anwar yang diserah kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, didedahkan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang dipecat, Tan Sri Annuar Musa.

Susulan pendedahan itu, beberapa pemimpin UMNO akar umbi menggesa supaya Ahmad Zahid berehat dari jawatannya sekarang.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MKT) sebelum ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar, PKR serta DAP dan terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks