Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP)  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Semua masjid serta surau di Negeri Sembilan dibenarkan mengadakan solat fardhu dan solat Jumaat sepanjang tempoh PKP dengan merujuk kepada SOP dikeluarkan JHEAINS sebelum ini.

“Jemaah diwajibkan membawa sejadah yang bersaiz besar, memakai pelitup muka, perlu mengambil wuduk di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah di dalam ruang utama masjid sah,” katanya dalam sidang akhbar khas di sini hari ini.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, bermula 22 Januari ini seluruh negara kecuali Sarawak berada di bawah PKP.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, bagi pusat ibadat bukan Islam, hanya aktiviti sembahyang dibenarkan.

“Rumah ibadat bukan Islam tidak dibenarkan mengadakan sebarang sambutan, majlis perayaan, perkahwinan dan pernikahan,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan urusan rakyat, kerajaan negeri  akan membuka semua kaunter perkhidmatan di negeri pada tempoh tersebut.

Sementara itu, Aminuddin turut berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) mempertimbangkan cadangan bagi membenarkan operasi premis makanan termasuk perkhidmatan penghantaran makanan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam.- UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks