Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HAMZAH STABIL, DOAKAN KESEMBUHAN

HAMZAH STABIL, DOAKAN KESEMBUHAN

PUTRAJAYA: Tular dalam media sosial kononnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) susulan kesihatan merosot.

Poster yang tular itu turut memetik kononnya sumber ahli keluarga yang memohon mendoakan kesihatan Hamzah agar lekas sembuh daripada Covid-19.

Bagaimanapun, pejabat Menteri Dalam Negeri dalam satu kenyataan hari ini menegaskan Hamzah ketika ini disahkan dalam keadaan stabil.

Jelas kenyataan itu, Hamzah sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas positif Covid-19 pada 12 Januari lalu.

Sehubungan itu pihaknya memberitahu, sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pejabat Menteri Dalam Negeri.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Menteri,” katanya di sini hari ini.

Jelas kenyataan itu, semua pihak dipohon untuk terus mendoakan kesembuhan beliau. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks