Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA - ISTERI

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di Facebook miliknya.

Wanita menggunakan akaun nama Asilah Alqarny itu turut menegaskan kematian suaminya disebabkan ‘Acute Respiratory Distress’ dan bukan disebabkan Covid-19 atau kepenatan bertugas sebagai barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Tiba-tiba banyak dapat request friend (permintaan rakan) sebab sudah viral (tular), ramainya yang mendoakan arwah suami Dr Ali Noor Hassan. Beribu-ribu orang share (kongsi) dan doakan dia. Alhamdulillah,” tulisnya.

Wanita itu turut berkongsi bahawa Allahyarham suaminya itu banyak terlibat dengan aktiviti jemaah tabligh dan memeriksa pesakit secara percuma semasa ijtimak tabligh.

Katanya, Dr Ali juga tidak berkira kerja dengan kawan-kawan, dan suka ziarah sahabat dan saudara sakit.

“Ramai yang mesej, Dr Ali antara orang yang pertama melawat apabila kawan-kawan tak sihat. Beliau jugak banyak bersedekah. Setiap hari walau sedikit,” tulisnya.

Menurut wanita itu lagi, ketika ibu mertuanya masih ada, arwah banyak memuliakan dan berbakti kepada ibu.

“Setiap kali beli lauk untuk family (keluarga) mesti akan belikan lauk yang sama untuk arwah emak dia semasa hidup.

“Mak nak ke klinik atau rawatan memang dia akan usahakan cuti untuk berkhidmat kepada mak dia,” katanya.

Katanya, ketika ibu arwah didiagnos kanser paru-paru pada Ogos 2018, arwah sanggup mengambil cuti separuh gaji untuk menjaga ibunya.

“Sehingga ke akhir hayat mak dia di IKN (Institut Kanser Negara), dia antara yang ajar mak kalimah syahadah.

“Damailah di sana wahai suamiku,” katanya. – Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks