Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara NIAT KHIDMAT KERANA ALLAH SWT - DR. NOOR HISHAM

NIAT KHIDMAT KERANA ALLAH SWT – DR. NOOR HISHAM

PUTRAJAYA – Di saat pandemik Covid-19 sedang memuncak, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru pasukannya untuk memasangkan niat berkhidmat kerana ALLAH SWT.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya pada lewat malam Ahad, beliau berkata, segala beban kerja akan dipermudahkan jika disertakan dengan niat sebelum memulakan tugas.

“Marilah kita bertawakal kembali kepada ALLAH SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh ALLAH SWT,” tulisnya.

Dr Noor Hisham turut memetik sepotong ayat al-Quran yang bermaksud bahawa setiap yang berjiwa akan merasakan mati (Ali Imran: 185).

Selain itu, sepotong ayat dari surah Al Baqarah:156 yang bermaksud sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jualah kami kembali turut disertakan dalam perkongsian tersebut.

Situasi Covid-19 di negara ini kian meruncing selepas prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan dan rentas sempadan dibenar sejak 7 Disember lalu.

Ia sekali gus menyaksikan peningkatan kes mendadak pada Januari dengan bilangan kes harian tertinggi adalah 4,029 pada Sabtu.

Setakat ini, bilangan kes positif Covid-19 adalah 155,095 dan 594 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks