Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HANYA CAMERON HIGHLANDS MASIH HIJAU

HANYA CAMERON HIGHLANDS MASIH HIJAU

KUALA LUMPUR: Data terkini Kementerian Kesihatan (KKM) sejak 4 Januari lalu hingga semalam, menunjukkan hanya daerah Cameron Highlands di Semenanjung, bertahan sebagai Zon Hijau iaitu tiada kes positif wabak COVID-19.

Untuk tempoh sama, status terkini taburan kes positif COVID-19, menunjukkan Zon Hijau di Sarawak turut menurun kepada 14 daerah semalam, berbanding 16 daerah kelmarin.

Semua daerah di Selangor, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan dikategorikan Zon Merah dengan masing-masing merekodkan lebih daripada 40 kes positif.

Di Johor, hanya satu daripada 10 daerah, iaitu Tangkak dikategorikan Zon Kuning dengan 12 kes, manakala sembilan lagi sudah bertukar Zon Merah.

 

Perlis yang dikategorikan sebagai satu daerah iaitu Kangar, semakin menghampiri status Zon Merah, apabila merekodkan 39 kes setakat semalam.

Daerah Klang di Selangor menjadi kawasan paling teruk terjejas dengan penularan pandemik COVID-19 di negara ini, apabila setakat kelmarin, merekodkan 4,910 kes jangkitan.

Selain Klang, daerah lain di Selangor yang mencatat jumlah tinggi adalah Hulu Langat (2,324 kes); Petaling (1,744 kes); Gombak (1,064 kes); Sepang (1,080 kes); Kuala Langat (665 kes), Kuala Selangor (359 kes), Hulu Selangor (144) dan Sabak Bernam 49 kes.

Sebanyak 2,134 kes COVID-19 dikesan di Pulau Pinang dengan daerah Barat Daya mencatat jumlah tertinggi dengan 898 kes, diikuti Timur Laut (541), Seberang Perai Tengah (256), Seberang Perai Selatan (244) dan Seberang Perai Utara (195).

Melaka mencatat 548 kes dengan 375 kes dilaporkan di Melaka Tengah; 113 kes di Jasin dan 60 kes lagi di Alor Gajah.

Empat daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan 3,838 kes, Putrajaya (258) dan Labuan (179).

Jumlah jangkitan COVID-19 di Johor adalah kedua tertinggi di negara ini dengan 6,687 kes keseluruhan dan Johor Bahru mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 2,151 kes diikuti Muar (1,907), Kulai (1,219), Kota Tinggi (361), Batu Pahat (359), Pontian (288) dan Kluang (255).

Mersing dan Segamat mencatat kes di bawah 100 iaitu masing-masing dengan 82 kes dan 53 kes.

Di Kelantan, daerah Jeli dikategorikan sebagai Zon Kuning dengan 12 kes, manakala Pasir Mas dikategorikan sebagai Zon Jingga dengan 37 kes.

Bagaimanapun, lapan lagi daerah di negeri itu dilabelkan sebagai Zon Merah dengan Kota Bharu mencatat kes tertinggi dengan 288 kes, diikuti Bachok (126 kes), Gua Musang (122 kes); Tumpat (93 kes); Kuala Krai (79 kes); Tanah Merah (75 kes); Machang (78 kes) dan Pasir Puteh (49 kes).

Untuk tempoh sama, data KKM menunjukkan sebanyak 1,774 kes positif COVID-19 dicatatkan di Negeri Sembilan, 782 kes di Kedah, Perak (763), Pahang (581) dan Terengganu (387).

Bagi semua enam negeri itu, sebahagian besar daerah dilabelkan sebagai Zon Merah, Jingga dan Kuning, kecuali Cameron Highlands sebagai Zon Hijau.

Sementara itu, data sama menunjukkan sebanyak 5,775 kes COVID-19 dicatatkan di Sabah dan tiga daerah tertinggi kes itu adalah Kota Kinabalu dengan 1,053 kes, diikuti Tawau (607 kes) dan Lahad Datu (600 kes). – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks