Wednesday, March 3, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK - TOK MAT

DEMOKRASI MALAYSIA TAK BOLEH DIKALAHKAN OLEH PANDEMIK – TOK MAT

SHAH ALAM – Menggantung Perlembagaan sama ada secara separa atau sepenuhnya tidak akan membantu negara memulihkan pandemik Covid-19.
 
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Malaysia berada dalam kedudukan yang tidak pernah dialami dalam sejarah tetapi keputusan kerajaan mengisytiharkan darurat hanya setakat untuk memastikan pandemik ini terkawal.
“Alangkah baik jika kerajaan mengisytiharkan ‘the state of Health Emergency’ dan memperkenalkan ordinan spesifik bagi tujuan tersebut.
 
“Hanya memperbaiki strategi kesihatan, meningkatkan kawalan penyakit seperti pendekatan Perintah Kawalan Pergerakan dan menyegerakan imunisasi bagi memulihkan Malaysia dari wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Tambah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu, UMNO akan menyokong usaha kerajaan membasmi wabak ini.
 
Pada masa sama ujar beliau, UMNO juga akan berusaha memulihkan semula demokrasi dan mengembalikan semula fungsi Perlembagaan.
“Malaysia adalah demokrasi yang berjaya malah teladan negara demokratik yang terbaik dalam kalangan negara Islam.
 
“Demokrasi Malaysia tidak boleh dikalahkan oleh pandemik atau cabaran yang melanda negara ini. Ia akan terus menjadi negara hukum dengan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan pedomannya,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

SUAMI ISTERI MOHON SIMPATI, PERLUKAN RM20 RIBU LAKUKAN PEMBEDAHAN

KLUANG: Suami isteri di Taman Renggam Jaya, di sini memohon ihsan pihak yang bersimpati dengan mereka kerana memerlukan kos pembedahan sebanyak RM20,000. Shahril Painoh,...

JDT ‘REMBAT’ PEMAIN BRAZIL

JOHOR BAHRU - Kelab bola sepak terbaik negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) menandatangani seorang pemain Brazil, Bergson da Silva. Pemain Brazil berkenaan ditandatangani daripada pasukan...

ROSHITA TERPAKSA ‘SEMBUNYI’ DALAM GELAP, PESAKIT SLE TAK BOLEH KENA CAHAYA

Oleh Faizal Nazaruddin Foto: Ezreen Abd. Talip KOTA TINGGI - Wajah dan tubuh akan bengkak-bengkak serta lemah selain mudah diserang penyakit. Itulah keadaan dialami seorang wanita,...

PANDANG SERIUS KENYATAAN SAJAT – MUFTI

PUTRAJAYA: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memandang serius kenyataan Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 36, yang didakwa meluahkan niat seakan-akan mahu...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks