Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara SAJAT DAKWA DIKASARI, JAIS SIASAT

SAJAT DAKWA DIKASARI, JAIS SIASAT

 
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36 atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disiasat mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.
 
JAIS dalam kenyataan memaklumkan, siasatan terhadap Nur Sajat dibuat berikutan terdapat beberapa aduan yang diterima mengenai perlakuannya pada 2018 dan 2020.
 
Menurut jabatan itu, pihaknya juga mengambil maklum berhubung video yang ditularkan usahawan berkenaan berkaitan insiden membabitkan dirinya dan beberapa orang penguat kuasa JAIS, baru-baru ini.
 
“Dia sudah membuat laporan polis berkaitan insiden itu dan pegawai penguat kuasa berkenaan juga dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan mengenai pendedahan Nur Sajat berkaitan layanan tidak wajar penguat kuasa JAIS terhadapnya dan dia turut ditahan di Pusat Tahanan Sementara, di Kuala Kubu Bharu pada 6 Januari lalu.
 
Nur Sajat turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan penguat kuasa berkenaan walaupun dia sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.
 
Beliau juga mendakwa pihak JAIS seolah-olah melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan serta digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks