Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara LEBIH RAMAI DIJANGKA DIBUANG KERJA

LEBIH RAMAI DIJANGKA DIBUANG KERJA

KUALA LUMPUR: Tindakan membuang lebih ramai pekerja merangkumi pelbagai sektor dijangka berlaku sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor, ketika menyuarakan kebimbangan itu berkata unjuran sedemikian dibuat, bersandarkan rungutan dan kes yang disuarakan pekerja semasa pelaksanaan PKP pada 18 Mac, tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan memikirkan langkah sewajarnya bagi menangani sebarang tindakan pembuangan pekerja dan bantuan berkaitan untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

“MTUC mencadangkan Peraturan Pekerjaan Darurat pada awal PKP, tahun lalu dan ia dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia.

“Cadangan ini dibuat bagi menyekat pembuangan pekerja dan pemotongan faedah pekerja, namun kita tidak menerima sebarang maklum balas daripada kementerian sehingga hari ini.

“Peraturan Pekerjaan Darurat ialah jaminan untuk pekerjaan dalam masa darurat dan dapat menghalang ketidaktentuan pekerjaan dalam sesebuah syarikat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks