Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa DIBUNGKUS DI POKOK GAGAL BAYAR TATU

DIBUNGKUS DI POKOK GAGAL BAYAR TATU

HANOI: Akibat gagal menjelaskan bayaran wang untuk tatu, seorang lelaki dihukum dengan dibalut plastik dan diikat pada sebuah pokok di Hanoi.

Lapor Oddity Central, beberapa gambar lelaki tanpa baju itu memakai sekeping kadbod bertulis ‘saya tidak mahu bayar wang tatu’ yang digantung pada lehernya menjadi tular di laman media sosial.

Pada mulanya, warganet menganggap gambar lelaki yang dimuat naik itu seakan jenaka atau aksi yang dilakukan oleh artis tatu untuk mendapat publisiti percuma namun didapati tiada watermark (cop) pada kesemua gambar tersebut.

Seorang lelaki dikenali sebagai NQT tampil mendakwa merupakan artis tatu yang bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Pemilik kedai tatu menerusi satu status di laman media sosial menjelaskan bahawa pelanggan lelaki itu hanya membayar sebahagian bil dan tidak pernah kembali lagi untuk melunaskan wang selebihnya.

Katanya, dia kemudian sempat menangkap lelaki tersebut dan mengenakan hukuman demikian sebagai pengajaran kepadanya.

“Kami memutuskan untuk menanggalkan pakaiannya, membalut badannya dengan plastik dan mengikatnya pada pokok sebagai hukuman,” jelasnya.

Pemilik kedai itu turut mendakwa, dia hanya menahan lelaki terbabit untuk seketika dan melepaskannya selepas itu kerana berasa kasihan. – Susunan Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks