Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara DAPAT RM300 JIKA BERJAYA TURUN BERAT BADAN

DAPAT RM300 JIKA BERJAYA TURUN BERAT BADAN

KUALA SELANGOR – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menawarkan hadiah RM300 kepada pengundinya yang berjaya menurunkan berat badan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula Rabu hingga 26 Januari depan.

ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli menerusi kenyataan di Facebooknya pada Selasa berkata, bagaimanapun hanya pengundi di DUN Jeram layak untuk menyertai cabaran tersebut.

“Salam pengundi Jeram. Memandangkan PKP 2.0 akan bermula mulai esok (Rabu), maka pejabat ADUN Jeram ingin mengajak anda untuk menyahut cabaran dengan melakukan aktiviti yang berfaedah sepanjang PKP kali ini.

“Bagi yang ingin menyahut cabaran ini, anda boleh hadir ke Pejabat ADUN Jeram untuk mendaftar dan melakukan penimbangan berat badan terkini,” katanya.

Menurutnya, setelah tamat PKP, pihaknya akan memanggil kesemua peserta yang mendaftar untuk melakukan penimbangan semula berat badan.

“Sekiranya anda berjaya menurunkan lima kilogram daripada berat asal anda, maka anda berjaya untuk menerima hadiah saguhati sebanyak RM300.

“Pendaftaran bermula mulai hari ini (Selasa) sehingga Jumaat. Masa 8.30 pagi hingga 9 malam,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks