Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 'SAYA DENGAR CERITA AKAN ADA LAGI TARIK DIRI'

‘SAYA DENGAR CERITA AKAN ADA LAGI TARIK DIRI’

PASIR SALAK: “Saya dengar cerita akan ada lagi yang akan menarik diri.”

Itu jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa akan ada beberapa lagi Ahli Parlimen UMNO dijangka menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, perkara itu mungkin berlaku berikutan kedudukan kerajaan PN yang ketika ini sangat tipis sokongannya.

Tanpa menyebut ahli Parlimen yang akan menarik sokongan itu, Tajuddin berkata, perkara itu berlaku disebabkan kelemahan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apabila itu berlaku maknanya jatuh kerajaan, jika satu lagi tarik diri, kerajaan kalah, kalau dua Ahli Parlimen?” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pada Program Kami Prihatin, Seronoknya Ke Sekolah anjuran Skuad Prihatin bersama GT Haulage di Arena Belia Felcra Changkat Lada di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks