Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara KERAJAAN PN SUDAH TUMBANG?

KERAJAAN PN SUDAH TUMBANG?

JOHOR BAHRU – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tumbang?

Ini berdasarkan keputusan Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakub yang mengumumkan tidak lagi memberikan sokongan dan PN dianggap hilang majoriti sokongan daripada 222 ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, Muhyiddin kini hanya memiliki 110 sokongan.

“Berdasarkan Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan, Ahli Dewan Rakyat ada 222 orang. Dua Ahli Parlimen telah meninggal dunia, iaitu Ahli Parlimen Batu Sapi di Sabah dan Ahli Parlimen Gerik di Perak.

“Ini menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-14 tinggal 220 orang. Jumlah sokongan 110 sahaja yang dimiliki oleh Ahli Parlimen Pagoh itu sekarang, menjadikan Perdana Menteri dan kerajaan PN pimpinannya tidak ada majoriti,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ahmad Jazlan daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa kelmarin.

Selain itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa lebih ramai ahli Parlimen UMNO dijangka mengikut jejak langkah Ahmad Jazlan dan menarik sokongan terhadap kerajaan.

Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong sebelum ini melantik Muhyiddin pada 1 Mac 2020 sebagai Perdana Menteri berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, iaitu pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Kini Ahli Parlimen Machang telah menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan juga kerajaan PN. Dalam keadaan ini, elok kita merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sekali lagi. Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Hassan berkata, sepanjang tempoh 10 bulan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau mengelak dan menafikan pembentangan usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri di Parlimen, malah usul percaya terhadap beliau sebagai Perdana Menteri yang dibawa oleh Ahli Parlimen kerajaan juga tidak diberi peluang dibentangkan.

“Peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini adalah jelas. Maka saya selaku salah seorang Ahli Dewan Rakyat menyeru Perdana Menteri supaya mematuhi Perlembagaan Persekutuan iaitu dengan segera mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dengan seberapa segera.

“Ahli Parlimen Pagoh itu semasa mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri telah berikrar akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Inilah masanya untuk membuktikan ikrar dan sumpah jawatan tersebut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks