Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara KERAJAAN PN MASIH SAH - TAKIYUDDIN

KERAJAAN PN MASIH SAH – TAKIYUDDIN

PERMAISURI: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada sekarang masih sah dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau menegaskan, walaupun Ahli Parlimen Machang dari Barisan Nasional (BN), Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, kedudukan kerajaan tidak terjejas.

“Saya dapat maklumat penarikan sokongan itu menerusi media semalam. Saya juga tidak faham matlamat atau niat beliau itu macam mana… apapun kerajaan yang ada sekarang ini sah dan mempunyai bilangan (Ahli Parlimen) yang cukup.

“Yang penting ialah kerajaan ini berfungsi dengan baik sejak bermula pada Mac hingga sekarang. Rakyat juga boleh melihat bagaimana kerajaan sedia ada ini berfungsi dengan baik.

“Jadi kami (kerajaan) akan terus berkhidmat melalui organisasi kerajaan di semua peringkat,” katanya.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Setiu, di sini, hari ini.

Semalam Ahmad Jazlan mengumumkan keputusan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, selepas meletak jawatan Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) awal bulan ini.

Pada masa ini Dewan Rakyat mempunyai 220 Ahli Parlimen berikutan kematian dua Ahli Parlimen iaitu Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) dan Datuk Liew Vui Keong (Warisan-Batu Sapi). – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks