Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak HODAK BIMBING KL UNITED

HODAK BIMBING KL UNITED

KUALA LUMPUR: Bukan pengendali Chile, sebaliknya jurulatih ‘mesra Liga Malaysia (Liga M)’, Bojan Hodak bakal membimbing Kuala Lumpur musim ini.

Kuala Lumpur United FC (KLUFC) menawarkan kontrak satu tambah satu buat jurulatih berpengalaman Croatia itu dengan misi memastikan skuad The City Boys kekal dalam Liga Super.

Hodak, 49, tiba di Kuala Lumpur Jumaat lalu dan secara rasmi akan memulakan tugas  Jumaat depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard berkata, bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara itu dipilih kerana amat berpengalaman dengan bola sepak Malaysia.

Hodak mempunyai rekod baik sepanjang membimbing Kelantan dari  2012 hingga 2013 dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2014-15 dengan menjulang kejuaraan Liga Super.

“Betul Bojan adalah jurulatih baharu Kuala Lumpur dan kami ditawarkan kontrak satu tambah satu.

“Seiring dengan barisan pemain yang ada, sudah tentu kita inginkan seorang jurulatih
yang berkualiti dan mempunyai rekod dalam Liga M.

“Semua orang mengenali beliau dan kami gembira berjaya mendapatkan khidmatnya.

“Tentang KPI (petunjuk prestasi utama) Bojan pula adalah memastikan pasukan terus kekal dalam Liga Super,” katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Keputusan itu sekali gus mengesahkan  jurulatih dari Chile, Simon Elissetche yang sebelum ini ditawarkan kontrak enam bulan tidak akan bersama Kuala Lumpur.

Difahamkan Simon belum mendapat kelulusan Recognition of Coaching Competence (RECC) yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks