Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 'SPIDERMAN' HIDUP SUSAH, TINGGAL DALAM KERETA

‘SPIDERMAN’ HIDUP SUSAH, TINGGAL DALAM KERETA

Oleh Faizal Nazaruddin dan Hazrynna Natasha Hasnan
Foto: Ezreen Abd. Talip
JOHOR BAHRU – Hidupnya setiap hari memakai sut Spiderman dan merakam gambar bersama-sama orang ramai namun dalam lubuk hati adiwira itu kesusahan dialaminya mungkin tidak ramai yang tahu.
Yulius Atma Negara Thamrin, 30, yang lebih mesra disapa sebagai Yan, kini tinggal di dalam sebuah kereta Proton Iswara bersama-sama isteri dan seorang anak berusia tiga tahun.
Mereka telah ‘mendiami’ kereta berkenaan sejak 11 bulan lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan bagi membendung pandemik COVID-19 yang melanda negara.
“Ketika PKP dilaksanakan, saya hilang pendapatan kerana tidak boleh membuat persembahan sehingga terpaksa keluar rumah dan tinggal dalam kereta.
“Sejak itu, setiap malam saya akan mencari lokasi untuk bermalam seperti di Dataran Danga Bay atau mana-mana stesen minyak untuk kemudahan bilik air,” katanya ketika ditemui The VOICE, semalam.
Sebelum PKP, pendapatannya sebagai penghibur jalanan dan mengambil tempahan melebihi RM3,000 sebulan namun sejak pandemik COVID-19 melanda, untuk mendapat RM50 sehari pun amat susah.
“Saya mengenakan bayaran seikhlas hati daripada orang ramai yang ingin bergambar. Kadang-kadang orang bagi 20 sen pun saya terima untuk saya simpan beli makan minum bersama-sama isteri dan anak,” katanya.
Ketika ini, pekerjaan yang diceburi itu menempuh waktu sukar disebabkan orang tidak ramai di tempat awam dan tempahan sebagai badut untuk majlis sudah tiada.
“Jadi, apabila saya dapat tahu ada program atau majlis diadakan di bandar raya ini saya akan muncul mengharapkan orang memberi sumbangan dengan memakai sut Spiderman tanpa mengira waktu,” ujarnya.
Kebiasaannya, Yan akan muncul memakai sut Spiderman di Dataran Danga Bay, Bazar Karat, Stulang dan pelbagai lokasi yang menjadi tumpuan awam pada waktu malam.
Dia yang hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah menjadi penghibur jalanan sejak lima tahun lalu dan beraksi dalam pelbagai majlis sehingga ke seluruh Semenanjung.
Mengenai kehidupan tinggal dalam kereta, dia akan tidur di kerusi pemandu, isterinya di kerusi penumpang hadapan manakala anaknya di kerusi belakang.
“Bonet belakang tempat simpan baju, saya akan tidur dalam keadaan duduk dan keadaan itu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan saya dan keluarga,” ujarnya.
Akibat ketidakselesaan itu, dia telah menghidap penyakit komplikasi paru-paru apabila mudah semput atau sesak nafas sejak Jun tahun lalu.
“Kadang-kadang ketika saya buat aksi Sipermen, orang sorak gembira tetapi sebenarnya saya rasa seperti hendak pitam disebabkan sukar bernafas, tetapi saya terus beraksi demi peminat,” jelasnya.
Berikutan keadaan dan pendapatannya yang tidak menentu dia tidak mampu untuk menyewa rumah selain tidak tahu cara untuk memohon rumah daripada kerajaan.
“Bukan saya tidak mahu mencari pekerjaan tetapi disebabkan keadaan kesihatan saya bimbang tidak mampu memberi komitmen yang dikehendai majikan,” ujarnya.
Selain itu, isterinya yang berusia 25 tahun tidak bekerja kerana Yan mahu wanita itu fokus menjaga anaknya manakala dia bekerja menghiburkan orang awam dengan seikhlas hati.
Sebarang bantuan dan pertanyaan boleh menghubungi Yan menerusi talian 011-13311501. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks