Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara 8 BULAN TINGGAL DALAM KERETA

8 BULAN TINGGAL DALAM KERETA

Georgetown: Bayi diberi minum kopi manakala dua lagi anak hanya menjamah kepingan biskut bagi mengalas perut ketika terputus bekalan makanan selama dua hari.

Manakala S Ganesh, 34, dan isteri, Parameswari, 32, terpaksa berlapar kerana sudah tidak mempunyai wang dan makanan.

Kisah sedih lima beranak ini bermula selepas rumah mereka di Lebuh Carnavon, di sini, terbakar pada 6 April lalu menyebabkan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Sejak itu Parameswari yang hamil anak ketiga terpaksa berumah di dalam kereta bersama suami dan anak Girthikanesh, 8, dan Devi Shri, 6, dengan menjadikan tandas awam di beberapa lokasi bagi membersihkan diri serta mendapatkan sumber air.

“Sehinggalah dua minggu kemudian, saya melahirkan anak ketiga, Kirthana dan menjalani proses berpantang di dalam kereta.

“Kirthana yang kini berusia lapan bulan diberi susu badan namun pernah saya terpaksa beri dia minum air suam dan air kopi kerana tidak sanggup melihat dia kelaparan,” katanya ketika ditemui di Jalan Sepoy Lines, di sini, hari ini.

Sementara itu Ganesh berkata, setiap hari mereka hanya mengalas perut dengan mi segera atau kuih berasaskan tepung dimasak menggunakan dapur kecil.

Katanya, wang gaji sebanyak RM1,200 sebulan sebagai pengawal keselamatan digunakan sebaiknya bagi membeli lampin pakai buang, mengisi minyak kereta dan membaiki kerosakan kereta milik ibunya itu.

“Hendak menyewa rumah tetapi ia memerlukan pembayaran deposit yang tinggi dan kami tiada wang sebanyak itu.

“Kami sudah dua kali memohon menyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) namun masih tiada jawapan daripada kerajaan negeri.

“Saya mempunyai tiga beradik namun tidak mahu menyusahkan mereka kerana saya faham mereka juga bergelut dengan kesempitan hidup pada masa ini,” katanya lagi.

Keluarga malang itu terdahulu menerima kunjungan Persatuan Hindu Pulau Pinang dan hadir sama ialah Presidennya, P Murugiah.

Murugiah berkata, pihaknya kini berusaha memberi sumbangan makanan kepada keluarga berkenaan sejak empat hari lalu.

“Kita juga akan membiayai kos penginapan di hotel bajet sehingga permohonan bagi menyewa rumah PPR diluluskan,” katanya.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh menghubungi Ganesh di talian 011-36779438. – Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks