Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara ASB: DIVIDEN 4.25 SEN, 0.75 SEN BAYARAN EHSAN

ASB: DIVIDEN 4.25 SEN, 0.75 SEN BAYARAN EHSAN

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan agihan pendapatan 4.25 sen seunit dan bayaran ehsan sebanyak 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama sempena sambutan ulang tahun ke 30 untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz secara maya hari ini yang turut disertai Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.

Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 5.00 seunit dan bonus 0.50 sen sementara pada 2018, dividen sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit diumumkan manakala pada 2017 (dividen 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit) termasuk tambahan 1.00 sen seunit bagi bonus khas ulang tahun PNB.

Pada 2016 pula, PNB mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit manakala, pada 2015 (dividen 7.25 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit).
– Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks