Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara GST TAK DIPERKENALKAN SEMULA

GST TAK DIPERKENALKAN SEMULA

KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada sebarang keputusan yang akan diambil berkenaan kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam keadaan pandemik COVID-19 dan sehingga keadaan ekonomi pulih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha memerangi penularan COVID-19, melindungi rakyat dan menyokong perniagaan.

Bagaimanapun beliau berkata, kerajaan sedang menjalankan kajian dan mendapatkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan mengenai kesesuaian untuk melaksanakan apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang, serta kelemahan sistem GST terdahulu.

“Kajian ini akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang sistem cukai, sama ada ditambah baik atau baharu, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini,

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ling Chai Yew (PH-DAP) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengembalikan sistem cukai GST serta kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah dan impak terhadap ekonomi negara. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks