Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa BERI GURU VAKSIN SELEPAS BARISAN HADAPAN

BERI GURU VAKSIN SELEPAS BARISAN HADAPAN

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) menyokong saranan guru perlu diutamakan untuk memperoleh vaksin COVID-19, selepas petugas barisan hadapan.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Huat Hock cadangan itu memberi perlindungan kepada warga guru, agar dapat meneruskan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan segera.

“Ini akan membantu melindungi guru daripada jangkitan virus, sekali gus membolehkan mereka mengajar secara bersemuka dan sekolah terus dibuka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Henrietta Fore semalam mengesyorkan guru diutamakan untuk memperoleh vaksin COVID-19, selepas petugas barisan hadapan.

Menurut UNICEF, ketika kemuncak gelombang pertama pandemik itu pada akhir April lalu, penutupan sekolah telah menjejaskan pembelajaran hampir 90 peratus pelajar di seluruh dunia.

Ketika ini, menurut UNICEF, kelas masih tutup kepada hampir satu bagi setiap lima pelajar sekolah di seluruh dunia atau 320 juta kanak-kanak.

Selain itu, sesi pembelajaran secara dalam talian mempunyai banyak kelemahan seperti peranti dan gadet yang tidak mencukupi, kelemahan jaringan internet, masalah disiplin, dan kehadiran pelajar yang menyebabkan sesi PdPc ini terganggu.

“Langkah ini bagi memastikan murid sekolah tidak terus tercicir dan sesi persekolahan dapat dibuka semula,” kata kenyataan itu.

Huat Hock berkata, NUTP memohon pertimbangan khas Kementerian Kesihatan, agar memberikan keutamaan kepada warga pendidik untuk memperoleh vaksin COVID-19, demi meningkatkan sistem pendidikan Malaysia. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks