Wednesday, April 21, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa SELESEMA KUCING DI THAILAND

SELESEMA KUCING DI THAILAND

BANGKOK: Wilayah Nakhon Ratchasima di barat daya Thailand mengeluarkan amaran kesihatan susulan kematian lebih 20 kucing akibat selesema.

Penduduk di daerah Kham Sakaesaeng memberitahu media bahawa mereka mengesan lebih 20 ekor kucing mati dan banyak lagi yang sedang sakit.

Sementara itu, pentadbir wilayah Nakhon Ratchasima mengerahkan pasukan perubatan haiwan ke perkampungan berkenaan untuk memeriksa punca kematian semua kucing itu.

Media tempatan melaporkan, penduduk kampung meluahkan kebimbangan semua haiwan itu mungkin dijangkiti penyakit berbahaya yang pernah melenyapkan hampir keseluruhan kucing di kawasan terbabit sebelum ini.

Doktor haiwan yang digerakkan ke lokasi memberi jaminan, selesema kucing itu tidak menjangkiti manusia atau haiwan lain.

Namun, langkah berjaga-jaga tetap diambil dengan pasukan perubatan dikerah mengenal pasti sekiranya wujud risiko berlaku mutasi virus.

Doktor haiwan turut memberitahu media bahawa ubat yang sesuai sudah diberikan kepada semua kucing dan orang ramai diberi nasihat berhubung kaedah menangani jangkitan berkenaan.

Selsema kucing ialah istilah umum untuk penyakit pernafasan yang sering menyerang kucing dewasa dan anak kucing.

Ia disebabkan oleh satu atau pelbagai virus, termasuk Feline Herpes Virus 1 dan Feline Calicivirus.

Virus itu mencetuskan simpton menyamai penyakit selesema dihidapi manusia, seperti bersin, lelehan cecair dari mata atau hidung, demam, masalah pernafasan, batuk, lesu dan hilang selera makan. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

4 KLUSTER BAHARU DI SARAWAK

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak hari ini mengisytiharkan empat lagi kluster baharu Covid-19 di negeri ini iaitu kluster Sungai Anus di daerah Selangau,...

JUDI RAYA: 3 LAGI DITAHAN TERMASUK 2 WANITA

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu di sekitar ibu negara semalam, selepas disyaki terbabit dalam pembikinan dua lagi video mempromosi kegiatan judi dalam talian. Ketua...

JANGAN BERULANG LAGI – TMJ

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim tidak mahu insiden meletakkan syarat kaum dalam pendaftaran aktiviti kokurikulum di sekolah berulang lagi di...

PEMUDA UMNO JOHOR DESAK KERAJAAN DEDAHKAN SEMUA ANGKA, DATA

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan bersikap jujur dengan mendedahkan semua angka dan data usaha beberapa kementerian yang dianggap ‘meragukan’ dalam...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks