Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara HUTANG FELDA LEBIH RM10 BILION

HUTANG FELDA LEBIH RM10 BILION

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ibu diberitahu FELDA telah menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan FELDA mula berhadapan dengan masalah kewangan sejak tahun 2013 ekoran kerugian dan kemerosotan pendapatan sebelum cukai.

“Bagi memastikan operasi harian dan komitmen perkhidmatan kepada warga peneroka berjalan dengan lancar, FELDA terpaksa membuat pinjaman dan kini menanggung jumlah hutang yang tinggi mencecah RM10.7 bilion secara keseluruhannya.

“Pada bulan September tahun ini, FELDA telah memaklumkan Kerajaan bahawa ia tidak mampu membayar balik beberapa hutangnya dan mempunyai masalah kecairan sebanyak RM1.3 bilion,” katanya menjawab pertanyaan lisan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).

Ahmad Nazlan mengutarakan persoalan apakah pelan perancangan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, jumlah hutang yang tinggi itu antara lain disebabkan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada tahun 2012.

Langkah itu katanya mengakibatkan FELDA kehilangan sumber pendapatan yang penting serta harga kelapa sawit yang kurang memberangsangkan.

Justeru itu, beliau berkata, krajaan telah bersetuju untuk memberikan moratorium selama 2 tahun kepada FELDA untuk salah satu daripada hutangnya dan sebuah institusi lagi memberi FELDA moratorium selama enam bulan.

“Di samping itu, hutang peneroka yang tinggi serta kadar kutipan hutang yang tidak memberangsangkan turut memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan kedudukan kewangan FELDA,” katanya. – MalaysiaGazette

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks