Foto: hiasan
Pejabat PUSPAKOM Johor Bahru ditutup sementara bermula hari ini, selepas seorang petugasnya disahkan positif COVID-19.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, petugas berkenaan kini sedang menjalani rawatan lanjut dan dikuarantin di sebuah hospital kerajaan.
“Proses pengesanan kontak sedang dijalankan dan semua petugas cawangan juga akan menjalani ujian saringan COVID-19.
“Mereka yang berhubung secara langsung dengan pesakit berkenaan turut diarahkan menjalani kuaratin selama 14 hari,” kata kenyataan itu.
Turut terbabit dalam penutupan berkenaan ialah Perkhidmatan Van dan Trak Bergerak (MVS & MTS).
“Ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan dilaksanakan secara menyeluruh,” kata kenyataan itu.
Susulan penutupan, pelanggan boleh menjalani pemeriksaan secara walk-in di cawangan PUSPAKOM lain sebagai langkah alternatif.
“Pemeriksaan kenderaan persendirian boleh dilakukan di PUSPAKOM Senai dan PUSPAKOM Taman Daya manakala bagi kenderaan ringan (BDM
“Bagi kenderaan berat (BDM > 5,999 kg), lokasi pemeriksaan adalah PUSPAKOM Pasir Gudang dan PUSPAKOM Kluang,” kata kenyataan itu.
Pembukaan semula PUSPAKOM Johor Bahru dan MVS & MTS di Johor akan dimaklumkan kelak.