Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Gaya Hidup Dekor LAMAN KREATIF HILANG SERI

LAMAN KREATIF HILANG SERI

KLUANG: Laman Kreatif di pusat bandar ini yang pernah menerima anugerah antarabangsa iaitu pingat emas Green Apple Award 2017, kini sendu apabila sebahagian daripada gambar mural serta hiasan sudah pudar dan rosak.

Tarikan Laman Kreatif di lorong belakang kedai di sini, yang pernah menjadi kebanggaan penduduk di sini dan satu daripada lokasi tarikan untuk pelancong datang ke bandar ini, semakin berkurangan selepas diwujudkan pada 2016.

Malah pelbagai kecantikan yang sebelum ini menjadi penghias jalan masuk ke laman ini sudah pun tiada lagi selain gambar tiga dimensi (3D) yang sudah tidak dapat digunakan untuk orang ramai mengabadikan kenangan mereka apabila sampai ke sini.

Peniaga, Khiruddin Kamarulzaman, 35, ketika ditemui berkata, lukisan mural di Laman Kreatif ini sudah jauh berbeza dengan ketika ianya mula diadakan pada 23 April 2016.

Katanya, tiada gambar baharu yang ditambah di lorong ini di samping gambar sedia ada kebanyakannya sudah rosak atau pudar menyebabkan tidak ada lagi orang yang datang untuk bergambar seperti sebelum ini.

“Kalau dulu, hujung minggu seperti ini Laman Kreatif ini bagaikan pesta yang dipenuhi orang ramai sama ada dari dalam atau luar Kluang untuk bergambar malah ia menjadi lokasi tetap bagi pengantin baharu mengabadikan kenangan.

“Namun kini lorong ini seolah-olah mati malah ramai peniaga yang berniaga di lorong belakang kedai ini sudah menutup operasinya kerana tidak mendapat sambutan,” katanya.

Justeru, Khiruddin berharap pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menyelenggarakan Laman Kreatif itu dapat melakukan sesuatu bagi menghidupkan semula lorong ini dengan menaik taraf semua gambar yang ada selain membaiki kerosakan yang ada.

“Keadaan ini bukan hanya berlaku ketika bermulanya penularan pandemik COVID 19 pada Mac lalu namun dipercayai sudah berlarutan sejak 2018 lagi,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Mohd Rafi Abdullah ketika diminta mengulas berkata, semua perkara berkaitan Laman Kreatif ini sudah dalam maklumat pihaknya dan ia kini dalam tindakan selanjutnya.

Katanya, pihaknya akan melakukan projek baik pulih lukisan mural sedia ada dan penambahan lukisan baharu dengan anggaran kos berjumlah RM200,000.

“Lukisan mural yang dilukis di sekitar bandar Kluang akan mengekalkan tema ‘Hanya Di Kluang’ selain kerja baik pulih kebocoran paip air di Laman Kreatif juga akan dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan MPK,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks