Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Gaya Hidup TAK LARANG, TAPI BAHAYA

TAK LARANG, TAPI BAHAYA

KUALA LUMPUR: Polis tidak melarang aktiviti berbasikal di jalan raya namun penunggang basikal perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan kerana ia boleh mengundang bahaya.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata penunggang basikal juga dimestikan mematuhi setiap aspek keselamatan yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Sejak kebelakangan ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu masyarakat Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai reaksi.

“Aktiviti itu dilihat mendatangkan bahaya kepada penunggang basikal itu sendiri serta pengguna jalan raya yang lain.

“Justeru kita menasihatkan penunggang basikal supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan demi menjamin keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain, walaupun tiada larangan untuk aktiviti berbasikal di jalan raya” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya lagi, mereka yang ingin melakukan aktiviti sedemikian dinasihatkan memilih lokasi dan masa yang sesuai seperti di lokasi yang kurang kenderaan dan bukan di waktu puncak ketika orang ramai pergi dan balik kerja.

“Aktiviti berbasikal di jalan raya boleh mengganggu kelancaran lalu lintas kerana kenderaan lain turut menggunakan laluan sama dan boleh mengundang risiko kemalangan.

“Pemandu kenderaan seperti lori, bas, kereta, motosikal dan seumpamanya turut diingatkan supaya bertimbang rasa dan lebih berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya semasa berada di atas jalan raya,” tegas beliau.

Selain itu, katanya pemilik basikal perlu memastikan peralatan dan basikal yang digunakan mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk menggunakan ‘roof rack carrier’ (rak pembawa barang pada bumbung) pada kenderaan yang digunakan untuk membawa basikal.

Menurutnya, pemilik atau penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut APJ 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Mereka yang menunggang secara melulu dan membahayakan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) APJ 1987 dan boleh denda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 selain boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan.

“Bagi mereka yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) APJ 1987 dan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000,” kata beliau.

Jelas beliau lagi, Seksyen 112(3) APJ 1987 pula memperuntukkan mana-mana basikal boleh disita jika didapati sesuatu kesalahan dilakukan dengannya.

Selain itu, basikal yang didapati tidak dipasang lampu depan dan belakang boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan.- BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks