Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara KETUKAN MISTERI MEREBAK KE ISKANDAR PUTERI

KETUKAN MISTERI MEREBAK KE ISKANDAR PUTERI

ISKANDAR PUTERI: Selepas Johor Bahru, ketukan misteri berjangkit pula ke Iskandar Puteri yang `menakutkan’  beberapa penduduk dalam kejadian  awal pagi ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serimbun, Mohd. Syafiq Mohd. Bani berkata, kejadian bermula pukul 12.36 pagi selepas dia pulang daripada minum bersama rakan di kawasan berdekatan.

Menurutnya, sebelum tidur dia bermain telefon bimbit sebelum terdengar bunyi ketukan pada pintu hadapan dan belakang rumah kira-kira 10 kali.

“Mula-mula ingat angin tapi tak ada pula ribut, bila dah lama diketuk saya rasa pelik. Lepas itu diam sekejap, selang beberapa saat pintu belakang rumah pula diketuk, bunyi kuat.

“Saya tak sangka kami di sini pula lalui pengalaman ketukan misteri. Penduduk di sini sudah berjaga-jaga apabila kejadian sama telah berlaku di beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, kejadian misteri berlaku di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Mohd. Syafiq berkata, susulan kejadian itu dia menghubungi pengawal keselamatan untuk melakukan rondaan di sekitar perumahan namun mereka memaklumkan tiada kelibat manusia di lokasi berhampiran.

Jelasnya, dia memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) turut mengesahkan tiada manusia atau haiwan di kawasan rumahnya.

“Saya cuba tanya dekat kumpulan WhatsApp penduduk taman, beberapa orang juga memaklumkan terdengar ketukan pintu tersebut. Ingatkan keluarga saya  yang terdengar tetapi jiran-jiran lain juga terdengar termasuk jiran berketurunan Cina dan India,” katanya.

Bimbang keselamatan penduduk, Mohd. Syafiq membuat laporan di Balai Polis Nusa Bestari di sini pada pukul 7.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Muhktar mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, polis akan meningkatkan rondaan di kawasan sekitar bagi mengelakkan  kejadian tidak diingini. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks