Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak Napoli tukar nama stadium sempena Maradona

Napoli tukar nama stadium sempena Maradona

NAPLES, Itali: Napoli secara rasmi menamakan semula stadium keramat mereka, San Paolo kepada Stadio Diego Armando Maradona – bagi memperingati legenda mereka itu.

Pemain Argentina itu meninggal dunia 25 November lalu pada usia 60 tahun.

Napoli, kelab Itali yang diterajui Maradona untuk dua gelaran Serie A, Piala UEFA dan Coppa Italia sepanjang tujuh tahun menyarung jersinya, antara kelab yang paling menangisi pemergian Maradona.

Ketika mendedahkan percubaannya untuk melakukan perubahan itu minggu lalu, presiden kelab Aurelio De Laurentiis mengakui usaha itu bermula sejak 17 tahun lalu.

“Saya berbincang dengan pihak berkuasa tempatan sejak 17 tahun lalu, saya sering memohon untuk membeli stadium itu dan menamakannya Diego Armando Maradona.

“Jika terpaksa mengikut tradisi untuk memanggilnya San Paolo dan Maradona, kita akan menggunakan kedua-duanya.

“Ia tidak akan mengubah apa-apa, tetapi Maradona berhak mendapat pengiktirafannya.

“Jika saya terpaksa membina stadium baharu, saya akan menamakannnya sebegitu,” kata De Laurentiis.

Secara keseluruhan, Maradona beraksi 259 kali untuk Napoli, menjaringkan 115 gol untuk rekod tertinggi kelab ketika itu serta menjadi kapten pasukan.

Ribuan peminat berarak di jalan raya di Naples pada hari kematiannya, dan pada hari berikutnya, kesemua 11 pemain Napoli memakai jersi Maradona 10 bagi memperingati wira mereka. – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks