Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak Henti guna jersi No 10

Henti guna jersi No 10

PARIS: Jurulatih Marseille, Andre Villas-Boas berkata jersi No 10 perlu ditamatkan penggunaannya daripada semua pasukan sebagai memperingati Diego Maradona selepas kematian ikon Argentina itu.

Pemenang Piala Dunia 1986 yang juga bekas pemain Napoli, Barcelona dan Boca Juniors itu meninggal dunia malam tadi selepas terkena serangan jantuang.

Penghormatan hadir daripada seluruh dunia ketika bola sepak bersedih dengan kehilangan seorang daripada ikon paling disyangi manakala rakan senegara, hero Lionel Messi menggambarkan dia sebagai “abadi”.

Villas-Boas percaya FIFA sepatutnya memberi penghormatan dengan menamatkan penggunaan nombor jersi berkenaan di seluruh dunia.

“Ia berita yang sangat buruk, selain kehilangan seorang ahli majlis (di Porto) yang sangat penting buat saya, menjadi orang pertama membuka pintu buat saya dalam dunia kejurulatihan,” katanya selepas pasukannya kalah kepada Porto dalam Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

“Dan berita pemergian Maradona ialah sesuatu yang sukar, saya mahu FIFA menamatkan penggunaan jersi No.10 dalam semua kejohanan, untuk semua pasukan.

“Ia akan menjadi tindakan terbaik boleh dilakukan untuknya. Dia adalah kehilangan besar buat dunia bola sepak.” – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks