Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Trump hampir akui kekalahan

Trump hampir akui kekalahan

WASHINGTON: Presiden Donald Trump hampir mengakui kekalahan dalam pilihan raya Presiden selepas agensi kerajaan yang bertanggungjawab melicinkan proses peralihan kuasa Joe Biden ke Rumah Putih mendakwa, mereka tidak lagi menyekat sebarang bantuan.

Trump pula mengakui sudah tiba masanya bagi Pentadbiran Perkhidmatan Awam (GSA) melakukan tanggungjawab yang sepatutnya.

Dalam ciapan yang sama di Twitter, beliau tetap bertegas enggan mengakui kekalahannya dan berikrar untuk terus berusaha menentang keputusan pilihan raya berkenaan.

Trump, calon Republikan, sebelum ini mendakwa berlakunya penipuan pengundian yang meluas pada pilihan raya 3 November lalu tanpa memberikan bukti.

“Kes kami tetap diteruskan. Kami akan terus berjuang dan saya percaya kebenaran akan terbukti,” katanya.

Namun persetujuan beliau membenarkan GSA bekerjasama dengan pasukan peralihan Biden memberi petunjuk bahawa beliau sebenarnya tewas pada pilihan raya 3 November lalu.

Ini bermakna pasukan Biden dari Demokrat akan memiliki akses ke atas dana, ruang pejabat dan peluang bertemu dengan pegawai Persekutuan. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks