Saturday, January 23, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

Jangan perlekeh kuasa 7.6 juta ahli aktif KWSP Artikel Penuh

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertembung dengan satu lagi kumpulan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kumpulan tersebut ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mempunyai sebanyak 7.6 juta ahli yang aktif.

“Ahli UMNO cuma 3.5 juta sahaja. Tunggulah pada PRU nanti kalau Perdana Menteri kekal tolak keluar ‘one off’ RM10,000 daripada akaun satu KWSP termasuk syarat ketat i-Sinar.

“Ini pertembungan ‘buku dengan ruas’. Jangan perlekehkan kuasa kumpulan KWSP ini. Kumpulan ini boleh merotan,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Mohd Puad berkata, Perdana Menteri cuma tinggal tiga hari lagi sebelum Belanjawan 2021 akan diundi.

“Perdana Menteri nampak berkeras. Dia tidak takut dengan sokongan bersyarat parti lawan apatah lagi UMNO. Dia juga tidak takut kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu semua ‘kacang’ pada dia. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sudah putus tidak mahu bahas belanjawan ini, bermakna Perikatan Nasional (PN) sudah hilang satu undi,” katanya.

Sebelum ini UMNO meletakkan syarat akan menyokong Belanjawan 2021 sekiranya kerajaan melanjutkan moratorium selama enam bulan dan membenarkan pengeluaran ‘one-off’ hingga RM10,000 daripada akaun satu KWSP. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

‘SAYA TETAP ISTIQAMAH BIAR PELURU FITNAH DARI SETIAP SUDUT’

KUALA LUMPUR: UMNO kekal kukuh, biarpun ada usaha digerakkan pihak tertentu dari dalam dan luar parti, untuk memusnahkan pemimpin parti itu, dakwa Datuk Seri...

DR. ALI BANYAK BERSEDEKAH, DAMAILAH DI SANA – ISTERI

SHAH ALAM -Seorang wanita dipercayai isteri kepada petugas kesihatan, Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia didakwa kerana keletihan meluahkan perasaan dengan menulis di...

‘TUNGGU ESOK, YOU MATI’

PETALING JAYA: Gara-gara mengeluarkan perkataan ‘tunggu esok, you mati’ terhadap seorang lelaki, seorang penjaga stor dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Muhammad Daniel...

PKP: MASJID, SURAU DI NS BOLEH BEROPERASI

SEREMBAN: Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Datuk...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks