Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Remaja perempuan tiada tempurung kepala, hilang ingatan

Remaja perempuan tiada tempurung kepala, hilang ingatan

KLUANG – [DIKEMAS KINI] Kemalangan yang menimpa Nazatul Sofea, 17, pada 18 Oktober lalu seakan memusnahkan masa depannya apabila tempurung sebelah kiri kepalanya terpaksa dibuang dan hampir seluruh ingatannya hilang.

Anak ketiga daripada empat beradik itu terlibat kemalangan semasa dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Orkid di sini menuju ke Batu Pahat dengan membonceng motosikal rakan.

Bapa mangsa, Muhammad Hafiz Khalid, 41, berkata, insiden tersebut menyebabkan Nazatul mengalami pendarahan dalam kepala manakala rakannya yang menunggang motosikal hanya cedera ringan.

“Walaupun anggota badan lain tidak parah, namun kecederaan di kepala menyebabkan Nazatul tidak lagi mampu mengingati apa-apa yang dipelajari sejak 12 tahun lalu termasuk mengenal huruf dan angka.

“Jika ada orang datang menziarahinya, dia hanya mampu mengingati seketika dan gagal ingat apa-apa 30 minit kemudian. Namun memorinya ketika ini beransur-ansur pulih walaupun susah untuk ingat,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Team Pemburu Pahala dan Volunteer Pasir Gudang yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas di rumahnya hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Hafiz berkata, selain masalah ingatan, Nazatul juga tidak boleh makan makanan keras seperti sebelum ini dan hanya makan bubur atau bijirin untuk mengalas perut.

“Apa yang menjadi kebimbangan kami adalah susu khas serta mesin penyedut lendir yang digunakan sekarang perlu dipulangkan dalam masa sebulan lagi memandangkan alat itu hanya dipinjamkan oleh Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom Kluang,” katanya.

Dia hanya bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu dan isteri, Noharyani Mohd Salleh, 41, hanya seorang suri rumah dan kadang-kadang menjual kuih di samping memberi tumpuan penuh menjaga Nazatul.

Mereka sekeluarga berharap Nazatul yang sebelum ini menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan bercita-cita menjadi doktor akan pulih seperti sediakala.

Sementara itu, Presiden Volunteer Pasir Gudang, Nurul Ain Zakaria berkata, pasangan tersebut memerlukan bantuan untuk membeli mesin penyedut lendir pada harga RM438 selain susu khas dan lampin dewasa saiz L.

Bagi mereka yang mahu menghulurkan sumbangan boleh berhubung Muhammad Hafiz (016-511313) dan Noharyani (013-7939304) atau boleh terus melalui akaun Maybank 151164230508 atas nama Muhammad Hafiz. – Sinar Harian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks