Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara NENEK MENJAGA 4 BERADIK

NENEK MENJAGA 4 BERADIK

JOHOR BAHRU – Empat beradik yang diselamatkan pihak berkuasa selepas ibu bapanya ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah telah diserahkan kepada nenek mereka.
Presiden Persatuan Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah berkata, nenek kanak-kanak berkenaan yang berusia dua hingga 12 tahun telah mengambil mereka pada Rabu lalu.
“Selepas ibu bapa empat beradik itu ditahan pada Isnin lepas, kanak-kanak itu telah diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Ekoran itu, saya telah menghubungi nenek kanak-kanak terbabit yang bernama Khatijah, 60, telah menyatakan kesudiannya untuk menjaga mereka,” katanya kepda The VOICE, di sini hari ini.
Menurut Faridah, nenek kanak-kanak itu telah hadir ke pejabat JKM Johor Bahru bersama-sama anak saudaranya pada hari Selasa lalu dan empat beradik terbabit telah dibawa ke kampung mereka di Pasir Mas, Kelantan pada keesokannya.
“Segala perbelanjaan urusan pengambilan dan perpindaan kanak-kanak itu bersama nenek mereka diuruskan oleh pihak kami,” katanya.
Pada Ahad lepas, The VOICE melaporkan empat beradik yang ibu bapa mereka disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah diselamatkan oleh pihak berkuasa di rumah mereka di Bandar Baru Uda, di sini.
Empat beradik itu diselamatkan oleh JKM Johor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor.
Serbuan dibuat selepas pihak berkuasa menerima aduan bahawa adik-beradik berkenaan tidak bersekolah sejak tahun ini, manakala ibu dan bapa mereka berusia 38 dipercayai terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Mereka juga dikatakan tinggal dalam keadaan rumah yang tidak terurus disebabkan kesempitan hidup dengan bapanya tidak mempunyai berpendapatan tetap dengan bekerja sebagai pencari besi lusuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks