Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Ikan mati tarikan buaya di Sungai Marang

Ikan mati tarikan buaya di Sungai Marang

Marang: Penduduk di sekitar Kampung Gong Tepah dan Kampung Sentol Patah, dekat sini gempar dengan kehadiran buaya di sekitar Sungai Marang sejak lebih seminggu lalu.

Kehadiran reptilia itu menimbulkan kebimbangan penduduk kampung akan tahap keselamatan mereka memandangkan sungai berkenaan menjadi tempat untuk aktiviti mengail udang dan mandi.

Penduduk, Hassan Basri Yunus, 23, berkata, dia mula menyedari kehadiran reptilia itu pada 14 November lalu ketika berada di sangkar ikannya di Sungai Marang.

Katanya, dia pada awalnya menyangka reptilia itu kayu hanyut, namun terkejut apabila mendapati ia adalah seekor buaya yang dianggarkan sepanjang tiga meter.

“Memang jarang nampak buaya di sungai ini, biasanya ia timbul di kawasan sungai di kampung berhampiran.

“Walaupun tak pernah berlaku kejadian diserang buaya selama ini tetapi kita berharap pengunjung terutama yang suka mengail udang dan mandi sungai lebih berhati-hati.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat memasang papan tanda amaran sebagai peringatan kepada orang ramai,” katanya yang tinggal di Kampung Gong Tepah, dekat sini.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Desa Permai Darat Pak Chan, Abdul Razak Othman berkata, pihaknya sedia maklum dengan kehadiran buaya di kawasan itu selepas dimaklumkan penternak ikan sangkar di kawasan berkenaan.

Katanya, reptilia itu jarang timbul di kawasan sungai berkenaan namun lambakan ikan sangkar yang mati dipercayai menjadi punca kehadiran buaya di situ.

“Saya dimaklumkan mungkin ada dua ekor namun, setakat ini ia tidak mengganggu orang ramai.

“Bagaimanapun, saya akan berhubung dengan jabatan berkaitan untuk memasang papan tanda supaya pengunjung lebih berhati-hati apabila menghampiri sungai atau mandi-manda di kawasan ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung video yang tular itu.

Beliau berkata, pemancing bukan sahaja perlu berhati-hati dengan kehadiran reptilia itu tetapi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Kita akan maklumkan isu ini kepada jabatan berkaitan termasuk pemasangan papan tanda dan Insya Allah, kita akan bawa perkara ini kepada pihak yang berkaitan untuk tindakan lanjut, ” katanya. – Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks