Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Hanya bawang india naik harga

Hanya bawang india naik harga

BATU PAHAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima laporan daripada pengguna hanya bawang India sahaja yang harganya meningkat kerana bekalan bawang dari negara itu dilaporkan agak berkurangan.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, ianya berikutan kebanyakan kawasan pengeluar bawang di India sedang menghadapi bencana banjir menyebabkan bekalan bawang daripada India terjejas.

“Bagaimanapun, pengguna di negara ini mempunyai pilihan bawang yang diimport dari beberapa negara lain seperti Thailand, Pakistan, China, Belanda, Myanmar dan Indonesia.

 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke kilang pengeluar telur ayam Teo Seng Capital Berhad Yong Peng, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam sesi lawatan berkenaan adalah Timbalan Ketua Setiausaha Pendayaupayaan Pengguna KPDNHEP, Mohamed Zahari Razali, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Azman Adam dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Leong Hup International Berhad, Tan Sri Lau Tuang Nguang

Rosol juga berkata, pengguna yang mahu menggunakan bawang India diharap bersabar dan ketika ini disarankan untuk menggunakan alternatif lain dengan membeli bawang jenis lain yang harganya lebih kompetitif.

“Situasi kini di India mereka mempunyai dua musim yang berbeza dan menyebabkan ada kalanya tahap pengeluaran bawang daripada negara itu akan berkurangan dan menyebabkan harga bawang akan meningkat.

“Tindakan kementerian bagi perkara ini adalah akan terus mencari dan mendapatkan sumber bekalan bawang daripada negara pengimport bawang lain bagi memenuhi permintaan pengguna dari negara ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga berkata, kementerian itu memberi jaminan bekalan bahan makanan mencukupi dan membenarkan pihak pemborong untuk menyimpan lebihan bekalan bahan makanan 30 peratus bagi menghadapi musim tengkujuh.

“Kebenaran berkenaan adalah bagi memastikan rakyat tidak terputus bekalan bahan makanan dalam tempoh musim tengkujuh di samping negara masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks