Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Bekalan barangan keperluan negara masih mencukupi

Bekalan barangan keperluan negara masih mencukupi

KUALA LUMPUR: Bekalan barangan keperluan secara keseluruhannya masih mencukupi dan mampu menampung keperluan negara secara berterusan dan mudah diperoleh.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, susulan pemantauan dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), semalam.

“Penguat kuasa KPDNHEP membuat 654 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 654 premis terdiri daripada 483 peruncit, pemborong (140) dan pengilang (31).

“Selain itu, penguat kuasa KPDNHEP juga melakukan 638 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Semua premis yang diperiksa di dapati mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya, seramai 72,062 individu yang pulang ke tanah air dari luar negara menjalani kuarantin wajib dalam tempoh daripada 24 Julai lalu sehingga semalam.

“Mereka ditempatkan di 72 Hotel dan 19 institut latihan awam serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,396 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 404 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan seramai 61,262 individu dibenarkan pulang,” katanya. – BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks