Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak RONALDO MUNGKIN 'RUJUK' SEMULA DENGAN MANCHESTER?

RONALDO MUNGKIN ‘RUJUK’ SEMULA DENGAN MANCHESTER?

LONDON: Manchester United dilapor sedang mengadakan rundingan bagi menandatangani Cristiano Ronaldo pada musim depan selepas Juventus dikatakan mahu menjual bintang sensasi itu.
Juara Serie A itu dipercayai bersungguh-sungguh untuk menjual bekas bintang Real Madrid itu.
Juventus mahu melepaskan Ronaldo bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak pemain Portugal itu tamat pada hujung musim 2021/2022 sekali gus tidak lagi menanggung beban membayar gaji pemain itu sebanyak 540,000 pound (RM2.9 juta) seminggu.
Kini, United dilapor sedang berunding dengan Ronaldo menurut laporan wartawan terkemuka Fox Amerika, Christian Martin.
Ronaldo dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran berkenaan dan Juventus terbuka untuk mengadakan rundingan dengan United.
“Sumber kami di Manchester dan Porto mengesahkan Manchester United bersungguh-sungguh mahu membawa semula Cristiano Ronaldo ke kelab itu musim depan.
“Bintang Portugal itu sedang mempertimbangkan. Juventus akan memulakan rundingan sekiranya Ronaldo meminta berbuat demikian,” tulis Martin menerusi ciapan di Twitter miliknya. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks