Sunday, June 13, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Covid-19: Kerajaan digesa bantu pengusaha van sekolah

Covid-19: Kerajaan digesa bantu pengusaha van sekolah

KLANG – Pertubuhan Kebajikan Solidariti Perpaduan (PKSP) menggesa kerajaan mewujudkan insentif khas untuk pengusaha van sekolah yang terjejas teruk akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Setiausahanya, Profesor Madya Dr Sara Chinnasamy berkata, bantuan kewangan khas dan pengecualian moratorium perlu dipertimbangkan untuk pihak terlibat yang rata-ratanya berdepan penyusutan pendapatan sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) turut diminta tampil bagi membantu meringankan beban pihak terlibat.

“Ini antara keluhan yang diterima pihak kami daripada pengusaha ini berikutan penularan Covid-19 serta penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah menyebabkan mereka hilang punca pendapatan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada pengusaha-pengusaha van sekolah dan teksi sekitar Klang, hari ini.

Mengulas lanjut, Sara berkata, pihaknya menjangkakan sekitar 80 peratus pengusaha van sekolah akan terjejas teruk susulan penutupan operasi persekolahan sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, golongan itu turut berdepan dengan masalah bebanan pinjaman kenderaan yang perlu dilunaskan selepas penamatan moratorium baru-baru ini.

“Faedah lewat bayar juga dikenakan sekiranya pembayaran lewat walaupun dalam keadaan pandemik ini.

“Pengusaha ini mengalami kesukaran dalam pembayaran gaji dan bil utiliti seperti bil telefon, internet, sewa pejabat, gaji asas pekerja dan pemandu akibat kehilangan sumber pendapatan,” katanya.

  • Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

GUNA DUIT SYILING 1 SEN BAYAR NAFKAH ANAK

RICHMOND, VIRGINIA – Seorang lelaki di Amerika Syarikat melonggokkan berpuluh-puluh ribu duit syiling satu sen bernilai AS$5,000 (RM20,544) di hadapan rumah bekas isterinya sebagai...

KHEMAH BESAR: ITU PANDANGAN PKR – GUAN ENG

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam perbincangan mengenai kerjasama politik antara DAP, PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan UMNO di bawah satu...

JANGAN TERPEDAYA, ADA PAKEJ TIPU HAJI, UMAH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021 yang ditawarkan beberapa agensi...

WANITA SUDAH DIKEBUMIKAN PULANG KE RUMAH

NEW DELHI: Seorang warga emas dari India yang disangka sudah meninggal dunia akibat Covid-19, dilaporkan pulang ke rumahnya dua minggu selepas upacara pengebumiannya. Lapor Mirror,...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks