Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Bisnes SOKONG BELANJAWAN TAPI BERSYARAT - NAJIB

SOKONG BELANJAWAN TAPI BERSYARAT – NAJIB

 
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) bersedia menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan berjumlah RM322.5 bilion secara bersyarat.
 
 
Menurutnya, sokongan terhadap Belanjawan 2021 akan diberikan sekiranya kerajaan sedia meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
 
“Sebenarnya saya nak katakan bahawa bajet ini dibuat dalam masa luar biasa dan dalam hal ini pendirian BN seperti mana disarankan YB (Yang Berhormat) Bagan Datuk, kita nak supaya pengeluaran KWSP RM10,000 secara one off dan moratorium dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021 diluluskan kerajaan.
 
“Sokongan saya dan rakan-rakan kepada bajet ini tertakluk kepada kelulusan kedua-dua perkara ini, sokongan kita kepada bajet ini bersyarat. Kami sokong tapi bersyarat,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat, semalam.
 
Belanjawan 2021 dibentangkan Jumaat lalu mengumumkan pengeluaran dana akaun satu KWSP hanya dibenarkan kepada golongan sasar terhad RM500 setiap bulan selama 12 bulan.
 
Perkara itu menyaksikan reaksi banyak pihak yang agak kecewa kerana mengharapkan cadangan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one-off yang dicadangkan oleh Najib yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu diluluskan.
 
Ahli Parlimen Pekan itu dalam perbahasan tersebut mengulangi saranan berkenaan dan menggesa kerajaan mempertimbangkannya semula mengambil kira dana berkenaan tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara.
 
“Pada pendapat saya, dana ini amat diperlukan untuk menaikkan kitaran wang dalam ekonomi pada masa perbelanjaan kerajaan adalah terhad serta membantu rakyat yang amat terdesak dan terkesan pada masa ini,” katanya. – Sinar Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks