Wednesday, May 12, 2021
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara PATUHI SOP JIKA TIDAK MAHU OPERASI DIHENTIKAN - AYUB

PATUHI SOP JIKA TIDAK MAHU OPERASI DIHENTIKAN – AYUB

 

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri membenarkan pasar tani, pasar malam, pasar pagi di seluruh negeri beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula semalam hingga 6 Disember ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, sekiranya peniaga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan normal baharu yang ditetapkan, perintah menghentikan operasi boleh dibuat.

Menurutnya, kebenaran itu juga diberikan terhadap semua pasar dan Bazar JB walaupun daerah ini diisytiharkan sebagai Zon Merah sebelum ini.

“Namun, sekiranya berlaku penularan COVID-19, semua pasar berkenaan di Johor Bahru akan dihentikan operasinya,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka Rumah Mampu Biaya Johor B, Taman Scientex Pulai Mutiara secara dalam talian di Auditorium RTM Johor, di sini hari ini.

Pihaknya tidak mahu sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan henti operasi terhadap pasar berkenaan kerana menyedari kepentingannya dalam situasi ekonomi mencabar ketika ini.

“Dengan kebenaran ini, para peniaga dapat meneruskan perniagaan dan beroleh pendapatan, selain masyarakat berupaya mendapatkan keperluan harian mereka dengan mudah.

“Jika semua pihak mematuhi SOP, iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak serta kerap membasuh tangan, insya-Allah operasi boleh diteruskan mengikut waktu yang ditetapkan,” katanya.

Ketika ini pasar awam di negeri ini masih dibenarkan beroperasi walaupun dalam tempoh penguatkuasaan PKPB.

Walau bagaimanapun, perkara itu tertakluk terhadap pematuhan SOP dan beliau meminta peniaga dan pengunjung untuk mematuhi undang-undang ditetapkan dalam usaha mengekang pandemik tersebut. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

BAKAL WUJUD PERIKATAN 3.0?

PETALING JAYA: Corak politik negara bakal berubah apabila wujud gambaran UMNO bakal membentuk jajaran politik baharu dinamakan Perikatan 3.0 pada Pilihan Raya Umum Ke-15...

AGONG NASIHAT RAKYAT DUDUK RUMAH

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan kebimbangan dengan situasi terkini wabak Covid-19 menasihati rakyat untuk berada di rumah dan tidak keluar jika...

NAJIS LEMBU BOLEH HINDAR JANGKITAN COVID-19?

ORANG ramai di India digesa untuk tidak mengamalkan rawatan tradisi menggunakan najis lembu yang dipercayai boleh menghindari daripada jangkitan virus COVID-19. Para doktor berkata, tiada...

SAYA ADA TERIMA DUIT DARIPADA NAJIB – IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Datuk Ibrahim Ali hari ini membuat pengakuan pernah menerima sekeping cek peribadi daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun, Presiden...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks