Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Sukan SUKMA dan Para SUKMA 2020 dibatalkan

SUKMA dan Para SUKMA 2020 dibatalkan

PUTRAJAYA: Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA 2020 yang dijadual berlangsung di Johor pada Mac dan April tahun depan dibatalkan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata keputusan itu dibuat atas beberapa sebab antaranya ketidaktentuan dalam penularan wabak COVID-19 yang memasuki gelombang ketiga di negara ini.

“(Selain itu) kesukaran menyediakan jaminan keselamatan kesihatan kepada hampir 30,000 orang yang akan terlibat nanti baik atlet, jurulatih, pegawai sukarelawan, pengurusan dan sebagainya tidak mengambil kira penonton dan peminat sukan.

“Dua kali penangguhan sebelum ini menyebabkan peningkatan kos pengurusan dan ketidaktentuan tarikh SUKMA dan Para SUKMA memberi tekanan dan kekangan kepada pelaksanaan program latihan atlet negeri-negeri peserta,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA secara atas talian di pejabatnya di sini, hari ini.

SUKMA dan Para SUKMA 2020 sepatutnya berlangsung pada Julai dan Ogos lalu tetapi ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 dan dijadualkan semula bermula 8 hingga 13 Mac (Para SUKMA) dan 2 hingga 10 April (SUKMA) 2021.

Mengulas lanjut, Reezal memberitahu pada masa yang sama Johor melahirkan kesediaan mereka untuk menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA ke-20 pada tahun 2022 nanti kerana secara amnya sudah 99 peratus bersedia dari segi perancangan, pengurusan, teknikal kemudahan pertandingan dan sebagainya.

“Untuk itu Jawatankuasa Tertinggi SUKMA membuat keketapan SUKMA dan Para SUKMA 2020 ditangguhkan dan penganjurannya di bawa ke tahun 2022.

“‘Negeri Johor ditawarkan semula menjadi tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA pada tahun 2022.

“Jawatankuas Tertinggi SUKMA juga memutuskan tuan rumah SUKMA dan Para SUKMA 2024 akan kembali ke Majis Sukan Negara yang akan menganjurkannya bersama dengan Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Jawatankuasa Tertinggi SUKMA juga bersetuju SUKMA dan Para SUKMA 2026 akan dianjurkan oleh negeri Kelantan dan ia dipersetujui oleh wakil kerajaan negeri itu,” katanya.

Beliau, berkata Jawantankuasa Tertinggi SUKMA juga bersetuju agar Jawatankuasa Teknikal meneliti dan mencadangkan semula perubahan peraturan yang terlibat membabitkan had umur dan kelayakan penyertaan bagi penganjuran SUKMA dan Para SUKMA 2022.

– BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks