Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Sukan Bola Sepak PEMINAT KECEWA LAGI, SAFAWI BELUM BERAKSI

PEMINAT KECEWA LAGI, SAFAWI BELUM BERAKSI

KUALA LUMPUR: Safawi Rasid akhirnya disenaraikan dalam skuad utama Portimonense pada aksi Liga Primeira, malangnya selepas menunggu sehingga tamat permainan dia masih tidak diturunkan.

Peminat bola sepak negara yang setia menunggu aksi sulung bintang Harimau Malaya itu kecewa lagi, dan Portimonense pula tumpas kepada juara bertahan, Porto 3-1 pagi tadi.

Sekali lagi, seperti dijangka Facebook  Portimonense diserang peminat Malaysia yang geram tidak dapat melihat aksi pemain kesayangan mereka selepas menunggu sehingga lewat pagi.

“Bikin ngantuk je tengok pawi tak main..balikkan je pawi ke JDT..,” tulis pemilik akaun Gasan Sawah.

“Aku dah siap rekod kot2 Pawi main..rupa tak main…deletelah tak payah tengok..left group ,” kata Jamal Santos.

“Pancing menjadi semalam, steady min teruskan pancing make sure lepas ni guna mesin Shimano pulak semalam dah Abu Garcia,” tulis Mohamad Nesrullah.

“Terima kenyataan buat masa ni Pawi bagi coach belum bersedia, tapi menyenaraikan Pawi sebagai pemain simpanan merupakan tanda2 awal Pawi bakal diturunkan tak lama lagi. Fikir positif je,” kata Nicklos Nex.

Biarpun tidak beraksi, namun ia pasti pengalaman berharga buat Safawi sebelum bersedia diturunkan oleh pengurus pasukan, Paulo Sergio untuk aksi berikutnya.

Dalam perlawanan itu, Portimonense mengejutkan Porto dengan mendahului saingan seawal minit ke-14 menerusi Beto.

Tuan rumah bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hasil tandukan Chancel Mbemba, sebelum menambah gol menerusi Mehdi Taremi dan Sergio Olivei.

Porto kini melonjak ke tangga keempat dengan 13 mata, manakala Portimonense menghuni kedudukan tercorot dari 18 pasukan dengan sekadar mengutip empat mata daripada tujuh perlawanan. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks