Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara MPM BENAR OPERASI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN

MPM BENAR OPERASI PERNIAGAAN IKUT WAKTU DITETAPKAN

MUAR – Majlis Perbandaran Muar (MPM) membenarkan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tetapi harus mengikut masa yang ditetapkan termasuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
MPM dalam satu kenyataan memberitahu, perniagaan pasar awam milik MPM dan pasar awam persendirian dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 2 petang, pasar borong (4 hingga 9 pagi) serta pasar pagi, pasar harian dan pasar tani (6 pagi hingga 12 tengah hari).
“Pasar malam (4 petang hingga 10 malam), manakala penghantaran makanan pula (6 pagi hingga 12 tengah malam).
“Bagi semua aktiviti perniagaan lain dibenarkan dari jam 6 petang hingga 10 malam melibatkan operasi perbankan dan ATM, insurans dan takaful, kewangan pembangunan dan ejen perbankan,” jelas kenyataan itu.
Ini termasuk perniagaan di Lebuh Maharani, kedai runcit, pasar mini, kedai serbaneka 24 jam, pemborong runcit, kedai pakaian, aksesori fesyen, pajak gadai dan kredit komuiniti.
Begitu juga peminjam wang berlesen serta Ar-Rahnu koperasi, kompleks beli-belah, departmental store, pasar raya, kedai serbaneka/mini mart, kedai perabot, kedai emas, kedai elektrik dan elektronik, kedai buku dan alat tulis, kedai hardware, bengkel dan kedai cuci kereta.
“Tidak terkecuali kedai cermin mata dan alat optik, kedai percetakan dan pengiklanan, kedai komputer, perkhidmatan dobi, institusi memandu dan latihan, kedai gunting rambut dan salun kecantikan, hotel, kedai makan, restoran, medan selera, gerai makan berbumbung, kiosk, aktiviti penjajaan dan foodtruck,” demikian menurut kenyataan itu.
Dalam tempoh operasi yang sama, MPM membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan, antaranya berjalan, jogging, berbasikal, senam robik kendiri, hiking dan memancing dilakukan di kawasan terbuka.
“Aktiviti di padang bola sepak komersial, gimnasium, gelanggang futsal dan dewan badminton komersial yang mempunyai premis dibenarkan beroperasi. Ini terhad bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan maksimum 10 orang sahaja,” jelas kenyataan itu.
Kawasan rekreasi Tanjung Emas, Tanjung Ketapang dan pusat rekreasi lain di bawah pentadbiran MPM ditutup untuk orang awam.
Sementara itu, semua sektor ekonomi serta industri termasuk aktiviti perikanan, perladangan dan pertanian, hospital kerajaan dan swasta 24 jam, kedai farmasi, pusat diagnostik, fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari berjalan seperti biasa.
Ini termasuk pusat jagaan dan pusat bersalin, pusat fisioterapi dan rehabilitasi, pusat dialisis, optometri, makmal perubatan serta klinik veterinar. – VOICE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks