Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara BEKAS SUKARELAWAN JKM HIDUP SUSAH

BEKAS SUKARELAWAN JKM HIDUP SUSAH

 
Oleh Faizal Nazaruddin
Foto: Ezreen A. Talip
 
PASIR GUDANG – Jika sebelum ini, ramai pihak dan orang susah yang dicari malah dibantu oleh Zaleha Atan, namun kini kehidupannya telah berubah 360 darjah.
 
Zaleha, 64 yang merupakan bekas sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini hanya mampu mengharapkan bantuan dan ihsan orang ramai serta penduduk di sekitar rumahnya di Taman Air Biru, di sini.
 
Bekas sukarelawan itu yang menghidap penyakit tiga serangkai sejak tiga tahun lalu berharap dapat bantuan tetap dan terjamin daripada kerajaan.
 
“Saya sudah tiada pekerjaan dan dengan keadaan kesihatan dialami, saya sukar untuk menyediakan keperluan makan minum sejak digugurkan daripada bantuan warga emas JKM pada pertengahan tahun lalu.
 
“Sejak itu, makan minum dan keperluan lain tidak menentu, ada masa dua tiga hari tiada makanan dan saya terpaksa mengharapkan bantuan orang awam di sini,” katanya kepada The VOICE, di sini baru-baru ini.
Zaleha mendakwa, namanya digugurkan daripada bantuan JKM kerana dikatakan sudah tidak layak.
 
Dia amat berharap bantuan itu diberikan semula kerana sedikit sebanyak membantunya dan tidak lagi menagih ihsan orang ramai.
 
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada orang awam yang memahami keadaan saya,” ujarnya.
 
Dia kini banyak menghabiskan masa terlantar di atas katil disebabkan penyakitnya selain tidak boleh banyak bergerak disebabkan kakinya yang tidak kuat.
 
Sebelum menghidap penyakit tersebut, dia aktif melakukan kerja amal dan bersama-sama sukarelawan JKM lebih 20 tahun bagi membantu golongan yang memerlukan.
 
Zaleha telah kematian suami sejak 20 tahun dan kini tinggal bersama-sama anak lelakinya berusia 27 tahun yang juga mempunyai masalah sakit pinggang sehingga tidak boleh bekerja berat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks