Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Sepanyol isytihar perintah darurat

Sepanyol isytihar perintah darurat

BARCELONA – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mengisytiharkan perintah darurat kedua bertujuan untuk mengawal penularan koronavirus (Covid-19) selepas langkah itu pertama kali dikuatkuasakan pada Mac lalu.

Pemimpin sosialis terbabit mengumumkan langkah luar biasa itu menerusi ucapan disiarkan stesen TV yang akan berkuat kuasa pada hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas Sanchez mengadakan mesyuarat khas berikutan Madrid berdepan desakan banyak pihak untuk bertindak segera membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Jurucakap kerajaan memaklumkan para menteri mengkaji syarat untuk pelaksanaan langkah darurat tersebut malah ia turut disambut baik kebanyakan komuniti autonomi di Madrid.

Menurut Sanchez, kerajaan pimpinannya akan menggunakan perintah darurat tersebut untuk menguatkuasakan perintah berkurung bermula jam 11 malam hingga 6 pagi (waktu tempatan) di seluruh negara kecuali di Kepulauan Canary.

“Pemimpin 19 wilayah Sepanyol juga akan diberi kuasa untuk menetapkan tempoh berbeza bagi melaksanakan perintah berkurung yang ketat, menutup sempadan wilayah dan mengehadkan perjumpaan sosial kepada enam individu. Sepanyol dan rantau Eropah kini berdepan gelombang kedua pandemik ini,” jelasnya.

Katanya, beliau juga akan meminta kelulusan Parlimen pada minggu depan untuk melanjutkan tempoh darurat tersebut selama enam bulan sehingga Mei 2021.

Gesaan untuk mengisytiharkan perintah darurat meningkat beberapa hari selepas negara itu merekodkan lebih sejuta kes jangkitan Covid-19 dan menjadi negara pertama paling teruk terjejas di rantau Kesatuan Eropah (EU).

Terdahulu, sebanyak sembilan daripada 17 wilayah autonomi di Sepanyol telah membuat permohonan secara rasmi supaya kerajaan mengisytiharkan darurat yang membolehkan mereka melaksanakan perintah berkurung yang dikuatkuasakan secara meluas di seluruh Eropah.

Difahamkan, Castilla dan Leon tanpa menunggu pengisytiharan kerajaan telah mengumumkan perintah berkurung di wilayah terbabit yang melarang pergerakan antara jam 10 malam dan 6 pagi (waktu tempatan).

Wilayah Valencia dijangka mengambil langkah sama manakala Catalonia menyatakan ia mungkin melaksanakan perintah berkurung sejurus darurat diisytiharkan selain mempertimbangkan peraturan baharu duduk di rumah. – AFP/ BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks