Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Hayati titah Agong henti politiking - Anwar Ibrahim

Hayati titah Agong henti politiking – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pemimpin politik termasuk ahli Parlimen tidak berpolitik berlebihan perlu diberi perhatian sepenuhnya, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam satu kenyataan malam ini, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tokoh politik termasuk ahli Parlimen harus prihatin dan menggalas tanggungjawab sesuai dengan semangat Perlembagaan dan kebertanggungjawaban kepada rakyat, insitusi Parlimen dan negara.
Ujar ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, ia penting supaya tanggungjawab berkenaan dapat diimbangi dengan pelbagai tuntutan berkaitan keadilan, menolak rasuah dan membataskan sebarang unsur penyalahgunaan kuasa.
“Selaras dengan semangat ini, maka kami akan memastikan perancangan menangani malapetaka COVID-19, masalah pengangguran dan kemiskinan serta menjana pertumbuhan ekonomi dapat dilaksanakan dengan lebih terencana dan berkesan,” katanya lagi.
Terdahulu, dalam kenyataan oleh Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, YDP Agong telah memperhalusi permohonan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak COVID-19 di negara ini.
Namun, katanya selepas memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.
Justeru Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa tiada keperluan untuk pelaksanaan darurat di Malaysia, atau mana-mana bahagian di negara ini.
Anwar menyambut baik titah Al-Sultan Abdullah serta menghargai kearifan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda serta ihsan dan hemah Raja-Raja Melayu atas kenyataan, pendirian dan pandangan mengenai permohonan darurat itu.
“Keputusan dan ketetapan bersejarah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menolak usul Perdana Menteri dan jemaah menteri untuk mengisytiharkan darurat itu jelas memperkukuh sistem Raja Berperlembagan dan demokrasi berparlimen.
“Ia ternyata suatu ketetapan yang berlandaskan semangat Perlembagaan dan memahami denyut nadi keresahan dan suara rakyat seperti yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin politik, masyarakat madani, tokoh-tokoh akademik dan pihak media yang bertanggungjawab yang menginginkan agar sistem demokrasi tidak dinodai,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks