Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

UAE mulakan lawatan rasmi pertama ke Israel

DUBAI: Delegasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) berlepas untuk lawatan rasmi pertama ke Israel hari ini selepas kedua-dua negara setuju untuk memulihkan hubungan bulan lalu.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin, yang menghadiri majlis makan malam bersama pegawai UAE dan Israel di Abu Dhabi semalam, mengiringi delegasi itu menaiki penerbangan Etihad Airways.

“Pagi ini, UAE bersiap sedia menghantar delegasi rasmi pertama ke Israel,” kata pengarah komunikasi strategik kementerian luar, Hend Al Otaiba menerusi Twitter.

Menurut beliau, delegasi UAE diketuai Menteri Hal Ehwal Kewangan, Obaid Al Tayer dan Menteri Ekonomi, Abdulla Touq Al Mari.

UAE dan Israel menandatangani perjanjian dipelopori AS untuk memulihkan hubungan di Rumah Putih pada 15 September lalu, menjadikannya usaha pertama seumpamanya membabitkan negara Teluk.

Kedua-dua kerajaan juga dijadualkan menandatangani perjanjian hari ini membenarkan 28 penerbangan komersil dua hala setiap minggu, kata Kementerian Pengangkutan Israel. – AFP/ BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks