Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

Ibu dipaksa bersalin normal sehingga kepala anak putus dua

BELEM, BRAZIL :  Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem, baru-baru ini.

Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun wanita itu sudah dijadualkan bersalin secara pembedahan, lapor media tempatan.

Menurut suami mangsa, isterinya yang hamil lapan bulan tiba di pusat perubatan itu pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) dari sebuah hospital lain di bandar Qurem untuk menjalani pembedahan Caeserean secara elektif.

Wanita malang itu dilaporkan menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara semulajadi.

“Pihak hospital Qurem memberi kami surat yang menyatakan anak kami hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan.

“Apabila kami tiba di hospital ini, mereka menyuruh isteri saya bersalin secar normal. Mereka menarik kepala anak saya terlalu kuat sehingga kepalanya terputus dari badan,” kata lelaki itu kepada media.

Doktor kemudiannya membius mangsa dan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.

Mangsa sudah dimaklumkan tentang kematian anaknya namun tidak diberitahu bagaimanakah bayi itu meninggal dunia.

Salah seorang anggota perubatan mendakwa bayi dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.

Satu laporan polis tentang insiden ini sudah dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa. – Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks