Tuesday, December 1, 2020
No menu items!
Home Isu Semasa Dalam Negara Gangguan Bekalan Air, Bil Bayar Macam Biasa Tiada Insentif Diberi

Gangguan Bekalan Air, Bil Bayar Macam Biasa Tiada Insentif Diberi

SHAH ALAM: Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) tidak bercadang memberikan insentif air kepada pengguna yang terjejas susulan pencemaran Sungai Selangor, Ahad lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata, pihaknya tidak akan mempertimbangkan cadangan itu kerana henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) di Sungai Selangor bukan disebabkan kesalahan yang dibuat oleh Air Selangor.

“Gangguan bekalan air ini adalah disebabkan oleh tindakan jenayah oleh penjenayah alam sekitar dan jadi kita tak akan pertimbangkan,” katanya semasa sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau bersama Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail menyampaikan sumbangan air kepada penduduk Rumah Pangsa Rimba Jaya, Seksyen 16, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Suhaimi menegaskan sebanyak 715 kawasan telah pulih manakala 577 kawasan pula masih lagi dalam proses pemulihan bekalan sehingga pukul 4.30 petang tadi.

Justeru, beliau menjangkakan bekalan air akan pulih sepenuhnya dan disalurkan kepada 1.2 juta pemilik akaun Air Selangor di seluruh Lembah Klang, seawal pukul 8 pagi, Khamis ini.

“Setakat tahun ini, LRA Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah dihenti tugas sebanyak enam kali,” ujarnya.

Mengulas mengenai pencemaran tersebut, Suhaimi berkata, Air Selangor menyerahkan siasatan kes berkenaan kepada polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisment -

Most Popular

Amaran hujan lebat di utara, timur Semenanjung esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di negeri utara dan pantai timur Semenanjung bermula esok, 1...

Ebit Lew sumbang 200 kg daging segar

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew menyumbang 200 kilogram (kg) daging segar kepada Zoo Negara hari ini. Menerusi kenyataan...

Suspek campak cucu tiri dipercayai sakit mental

KUALA LUMPUR: Suspek utama warga Nigeria yang mencampak cucu tirinya di sebuah pangsapuri dekat Setapak dipercayai mengalami masalah mental. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful...

Tak dapat beli arak, pukul adik dengan kerusi

Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah...

Recent Comments

Enable Notifications    Ok No thanks